KOTA BAHARU – Dua pemain import Kelantan, Dramane Traore dan Jonatan Lucca disingkirkan daripada skuad negeri itu dan tempat mereka akan digantikan semasa pintu perpindahan pemain dibuka bulan ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata kedua-dua pemain itu diketepikan selepas persembahan mereka setakat ini gagal memuaskan hati pengurusan pasukan.
Annuar berkata beliau telah berbincang dengan ketua jurulatih, Velizar Emilov Popov berhubung pertukaran pemain import bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia. – BERNAMA