Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Kait Isu Sensitif...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, mengingatkan...

Lagi Anak Biadap, Gadis...

Semalam baru sahaja Mynewshub.cc memaparkan kisah seorang anak lelaki yang mahukan bapanya membelikan...

Polis Ambil Keterangan Takiyuddin

KOTA BHARU - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat...

Lelaki Hampir Hilang Muka...

SEORANG lelaki hampir hilang muka selepas dibaham buaya ketika mengadakan persembahan di hadapan...

Kafe Ditutup, Nora Danish Nafi Tak Mampu Bayar Sewa

DEK kerana tersebarnya cerita bahawa kafe miliknya, Kopi & XOXO di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa, Nora Danish tampil menafikan dakwaan tersebut.

BACA: Nora Danish Tutup Kafe Miliknya Di Bangsar.. Kenapa?

cafeartisnoradanish

Pelakon itu menjelaskan, penutupan dilakukan kerana kafe itu selama ini hanya menumpang lot kedai yang diusahakan sebuah butik yang kini sudah tidak lagi beroperasi.

“Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.

“Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.

“Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa,” katanya kepada mStar Online.

Sebagai ganti, Nora telah pun membuka dua kafe di Bangi, Selangor dan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru-baru ini.


“Jika benar kami tidak mampu bayar sewa, tidak mungkin saya bersama rakan kongsi berani buka dua cawangan sekaligus.

“Alhamdulillah ia permulaan baik dan sambutan diberikan pelanggan cukup menggalakkan terutama di Bangi,” katanya lagi.

Nora turut membuka sebuah butik pakaian di Bangi, bersebelahan kafe baharunya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori