Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

22 NGO Bantah Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah rancangan kerajaan PAS...

Polis Tahan Tiga Lelaki,...

IPOH - Polis menahan tiga lelaki dan merampas lima ketulan mampat dadah jenis...

Hulk Iran, Hulk Brazil...

KARAKTER filem popular, Hulk sememangnya mempunyai peminat tersendiri. Lebih teruk, ada yang obses sehingga...

Enggan Susukan Bayi Kerana...

MEXICO – Kejam, tidak berhati perut, tidak berperikemanusian. Banyak lagi perkataan buruk yang...

Kaki Mereput Akibat Terlalu Lama Di Siber Kafe

BEIJING – Seorang pemuda China dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di sekitar kawasan semak di stesen kereta api daerah Hangzhou, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Shanghaiist, lelaki berkenaan ditemui dengan kakinya yang seakan ‘mereput’ dan difahamkan telah kehabisan wang akibat bermain tanpa henti selama enam hari di sebuah kafe siber.

Pihak berkuasa telah menghubungi penjaga lelaki berumur 19 tahun itu dan pada mulanya bapanya memberitahu dia tidak mahu menerima anaknya kembali.

Ini kerana anaknya itu telah melarikan diri dari rumah dan tidak mahu melakukan perkara lain kecuali hanya bermain permainan secara online.

Kaki Mereput Akibat Terlalu Lama Di Siber Kafe

Setelah dipujuk, bapa itu bagaimanapun telah berlembut hati untuk menerima anak lelakinya kembali.


Pihak polis turut memberitahu sekiranya pemuda berkenaan tidak ditemui, dia mungkin akan mati kelaparan disebabkan hampir tiga hari pemuda tersebut tidak makan.

China sememangnya terkenal dengan kadar remaja fanatik terhadap permainan online sehinggakan dalam satu kes, seorang wanita sanggup menetap selama 10 tahun di kafe siber akibat begitu ketagih dengan permainan atas talian. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori