Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhammad Hakimi Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Pemilik rekod Sukan SEA bagi acara lompat kijang, Muhammad Hakimi...

Anak Kambing Muka Pelik,...

GAMBAR seekor anak kambing yang dilahirkan dengan muka pelik telah menjadi tular. Mamalia...

Komputer Riba Dibuang Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa peralatan komputer merupakan antara barang yang didapati dibuang di...

Gempar Bank Dirompak Di...

AIR Tawar Lima di Kota Tinggi digemparkan dengan kejadian samun di bank di...

Kanak-Kanak 6 Tahun Cedera Digigit Beruk

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di betis kanan selepas digigit seekor beruk yang dipelihara berhampiran rumahnya di Kampung Paya Mengkuang, Pendang, semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Nur Syahadatul Fatehah Mohd Shahbudin, 6, sedang bermain dengan sepupu dan beberapa rakannya sebelum beruk terbabit menyerang anaknya.

Ibu mangsa, Mashitah Taha, 40, berkata ketika kejadian dia sedang memasak di dapur sebelum salah seorang penduduk berhampiran memaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsunya itu.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat keadaan anak yang berlumuran darah dan sedang menjerit kesakitan. Beruk yang menggigit anak gagal dikesan kerana telah melarikan diri.

Kami terus membawa dia ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana keadaan lukanya yang agak serius,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.


Mashitah berkata Nur Syahadatul Fatehah dijadualkan akan menjalani pembedahan hari ini kerana mengalami luka yang agak dalam sehingga menampakkan tulang betisnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori