TERDAHULU, pelakon Nad Zainal memaklumkan akan berehat dari semua aktiviti seni bermula bulan ini bagi memberikan sepenuh perhatian kepada kandungan dan perniagaannya di sepanjang bulan Ramadan.
Usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan dia bakal melahirkan anak sulungnya pada Oktober ini. Nad Zainal dan suaminya membuat keputusan untuk tidak merahsiakan jantina kandungannya.
Dia berkongsi laporan ujian pengesahan jantina dan mengesahkan bahawa anak dalam kandungannya itu merupakan seorang bayi lelaki seperti mana yang disahkan oleh doktor.
“Saya dan suami sebenarnya tidak kisah bayi lelaki atau perempuan. Ujian imbasan yang dilakukan tiga minggu lalu mendapati kami bakal menimang cahaya mata lelaki.
“Kini mudah untuk kami membeli kelengkapan sebagai persediaan.
“Banyak perancangan yang kami aturkan untuk masa depan anak kami. Saya dan suami berharap segala urusan dipermudahkan oleh Allah,” katanya kepada BH Online. – MYNEWSHUB.CC