Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Ikan Kerugian RM43,000...

KUANTAN - Seorang wanita peniaga ikan kerugian wang tunai RM43,000 dan barangan berharga...

Data Derma Organ Bocor,...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil pentadbir forum teknologi popular Lowyat.net berikutan kebocoran...

[RASMI] BN Menang Parlimen...

PETALING JAYA : Keputusan rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang Parlimen Beaufort pada...

Remaja Lelaki Tikam Guru...

MADRID: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menikam tiga guru dan dua pelajar...

Kantoi! Penculik Kanak-Kanak Menyamar Nenek Di China

SETIAP tahun, puluhan ribu kanak-kanak di China hilang akibat diculik, khususnya di kawasan luar bandar di negara itu.

Pihak polis menggunakan pelbagai cara untuk mengekang kegiatan berkenaan namun penjenayah terus mencari pelbagai helah baru untuk mengelak daripada ditangkap.

Terbaharu, seorang wanita dikenali sebagai Liu, menculik seorang kanak-kanak lelaki ketika mangsa bermain seorang diri di daerah Hui di wilayah Henan, Isnin lalu, lapor portal Shanghaiist.

kidnap_disguise5

kidnap_disguise3

Untuk melarikan diri bersama mangsa, Liu menaiki sebuah teksi.

Dalam kenderaan itu, kanak-kanak berkenaan tidak berhenti menangis, meskipun pelbagai cara dilakukan untuk memujuknya.

Ia menimbulkan tanda tanya kepada pemandu teksi itu yang bertindak merakam gambar wanita berkenaan dan kanak-kanak itu menggunakan telefon bimbitnya.

kidnap_disguise2


Pemandu teksi itu kemudiannya membuat laporan ke balai polis dan tidak berapa lama kemudian, polis Henan melancarkan gerakan mencari mereka.

Tetapi Liu lagi pintar, dia memotong pendek rambutnya dan mewarnakannya putih supaya kelihatan berusia 60-an, bukan 40-an.

Liu turut memakaikan kanak-kanak lelaki yang diculiknya dengan baju perempuan.

kidnap_disguise4

Dia berjaya memperdaya polis dengan tindakan itu seketika sahaja, sebelum rahsianya terbongkar selepas polis membandingkan gambar suspek dengan wajah Liu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori