SUATU pemandangan luar biasa apabila beberapa puteri dari karakter popular Disney datang ke mahkamah, baru-baru ini.
Rupa-rupanya mereka datang untuk memberi sokongan dan mendengar perbicaraan tentang hak penjagaan anak angkat seorang kanak-kanak perempuan comel, Danielle Koning.
Danielle yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat sudah dua tahun tinggal bersama-sama ibu bapa angkatnya, Sarah dan Jim Koning.
Perbicaraan yang dihadiri Cinderella, Snow White, Rapunzel dan Ariel itu ternyata menggembirakan hari Daniella yang turut sama berpakaian seperti puteri pada hari tersebut.
Hakim yang mengendalikan perbicaraan itu juga turut sporting dengan menggayakan persalinan Snow White bagi mengikut tema.
Perbicaraan ala Disney itu merupakan idea beberapa pekerja badan kebajikan kanak-kanak bagi memenuhi impian Daniella.
Seperti dijangka Sarah dan Jim akhirnya diberikan hak penjagaan penuh terhadap anak angkat mereka selepas dua tahun berusaha mendapatkannya.
Pastinya hari perbicaraan itu akan turut menjadi kenangan terindah dalam hidup Daniella apabila dapat bertemu dengan puteri-puteri Disney pujaannya secara live! – MYNEWSHUB.CC