SEORANG komedian dari Indonesia, Aming Supriatana yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan dengan pasanganya Evelyn Nada Anjani pada Sabtu lalu.
Namun selepas pernikahan berlangsung, media tempatan negara itu heboh membicarakan bahawa wanita yang dinikahi oleh Aming itu sebenarnya seorang lelaki.
Desas-desus itu timbul apabila beberapa keping foto di Instagram memaparkan Evelyn mirip seorang jejaka. Namun dakwaan itu disangkal oleh teman rapat Aming iaitu Ria Indrawani.
Menerusi sebuah portal Indonesia, Ria menegaskan Evelyn 100 peratus wanita dan dia sememangnya terkenal sebagai seorang yang tomboy.
“Evelyn itu wanita seratus persen. Aming dan Evelyn menikah secara Islam. Memang Evelyn dianugerahi fisik seperti itu,†katanya.
Inilah foto yang menjadi perdebatan hebat di media sosial tempatan negara itu. Menerusi foto tersebut, Evelyn dilihat mempunyai janggut selain berpakain seperti seorang lelaki dan berambut pendek.
Difahamkan, pasangan Aming dan Evelyn pernah menjalani kehidupan sebagai seorang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Malah sebelum bergelar isteri kepada Aming, nama samaran Evelyn adalah Kevin. -MYNEWSHUB.CC