Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Skuad Bola Sepak Indonesia...

SEPANG - Skuad bola sepak bawah 22 (B-22) Indonesia tiba hari ini untuk...

AC Mizal Pernah Minum...

SETELAH berpuluh tahun menghambakan diri dalam industri seni tempatan, akhirnya kesungguhan Dato AC...

5 Beradik Kini Yatim...

PORT DICKSON - Pesanan ibu supaya menjaga adik-adik dengan baik sebelum dimasukkan ke...

Microsoft Sasar 200,000 Rakyat...

KUALA LUMPUR : Microsoft menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia mendapat kemahiran kecerdasan buatan...

Kedah Mahu Percepat Majukan Tanah Di Hutan Bukit Perangin

JITRA – Kerajaan negeri akan berbincang dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi mempercepatkan projek pembangunan tanah melalui penanaman getah di Hutan Bukit Perangin, Wang Perah di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia bagi mengelak kawasan tanah seluas 20 hektar tersebut yang telah diteres daripada menjadi terhakis dan mengakibatkan banyak masalah kepada penduduk sekitar kampung.

“Kita takut kalau kawasan ladang tidak ditanam segera ia akan mengakibatkan aliran air mengganggu tanaman atau bendang yang ada di bahagaaian bawahnya.

Sebenarnya geran tanah telah diberikan kepada Pegawai Tadbir Negeri (KCS) jadi sepatutnya ia bukan tanggungjawab kerajaan negeri lagi.

“Cuma apabila pemilik tanah telah beri hak kepada pihak ketiga untuk diusahakan projek, ia perlu dipercepatkan untuk mengelak masalah lain terutamanya melibatkan ekosistem daripada berlaku,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke Kampung Wang Perah, Mukim Kubang Pasu di sini hari ini.

Pada 2010, kerajaan negeri memberikan hak milik tanah seluas 142.76 hektar kepada 40 orang pegawai kanan dari kalangan KCS atau 3.569 hektar seorang.

Bagaimanapun tanah tersebut yang sepatutnya dibangunkan semula untuk projek tanaman getah terbengkalai selama beberapa tahun selepas proses penebangan pokok dilakukan.


Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wang Perah, Abu Bakar Salleh berkata banyak masalah yang berlaku ekoran kelambatan pihak berkuasa menyegerakan projek tersebut antaranya aliran sungai terganggu dan kesukaran untuk mengusahakan bendang.

“Bayangkanlah bila pokok-pokok ditebang, maka oksigen tiada, khazanah alam banyak terjejas, jadi kita minta segerakan penamanan untuk kita pulihkan ekosistem,” katanya.

Antara kampung yang terjejas katanya ialah Kampung Teluk Bendang, Kampung Bukit Berangan, Kampung Bukit Beras, Kampung Wang Perah dan Kampung Mak Pap yang mengalami masalah dari segi tadahan air.

Dalam tinjauan itu, Ahmad Bashah turut berkesempatan melakuan lawatan ke kawasan hutan di Wang Perah yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Jaapar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori