Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Saya Tak Faham Mengapa...

“Saya rasa mungkin ada gerakan daripada pelbagai pihak, tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya.“Saya pun tidak faham mengapa nama saya dikaitkan kerana saya tiada sebarang masalah dengan Ketua Menteri sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Era Plat 2 Huruf...

TAMAT... Zaman nombor pendaftaran kenderaan di Perlis dengan hanya dua huruf yang mula...

Ketua Menteri Namakan 10...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan...

Sokong Husam Jadi MB...

SHAH ALAM - Kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya Datuk Husam...

Kedutaan Sahkan Rosmah Ke Istanbul Terima Anugerah

DUTA Besar Malaysia ke Republik Turki di Ankara, Dato’ Amran Mohamed Zin hari ini mengesahkan, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah mengadakan lawatan rasmi ke Istanbul, Turki bagi memenuhi jemputan oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Amran berkata, Rosmah tiba di Istanbul pada 25 Mei malam dan terus pulang ke Malaysia sejurus selepas Majlis 3G Awards selesai pada malam 26 Mei 2016.

Majlis tersebut dianjurkan di Istanbul sempena Global Donors Forum dan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia (World Humanitarian Summit).

“YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah menyampaikan ucaptama pada Majlis 3G Awards tersebut, di samping menerima Anugerah 3G Children Welfare Award atas kejayaan Program PERMATA dipilih secara global sebagai pemenang anugerah tersebut,” katanya.

Rosmah yang merupakan penaung program PERMATA diundang oleh pihak penganjur untuk menerima anugerah yang merupakan satu pengiktirafan antarabangsa bagi sumbangan beliau kepada pertumbuhan pendidikan/pembelajaran, psikologi, intelek dan fizikal kanak-kanak, ujar kenyataan itu lagi.

Sebelum Majlis 3G Awards 2016, Rosmah dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Dr. Sheikha Aisha binti Faleh bin Nasser Al-Thani, anggota Majlis Tertinggi Pendidikan Qatar dan Pengerusi Lembaga Penaung World Congress of Muslim Philanthropists (WCMP) serta barisan kepimpinan Cambridge IF Analytica. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori