Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$103.7...

Tabung Oksigen Nyawa Bob...

KEADAAN kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman beransur pulih selepas terpaksa berulang...

Mangsa Banjir Di Pitas...

Pitas : Jumlah mangsa banjir bagi daerah Pitas meningkat kepada 719 orang membabitkan...

EAEC Perlu Dihidupkan Semula...

TOKYO ā€“ Inisiatif Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi menangani perlindungan perdagangan yang...

Kejam… Daesh Guna Kamera & Laptop Letupkan Wartawan

KUMPULAN militan Daesh telah meletupkan dua wartawan dengan menggunakan kamera dan laptop yang diletakkan bom, dalam video propaganda terbaharu dimuat naik kumpulan tersebut.

Pembunuhan itu dilakukan di Deiz Ezzor, Syria. Salah seorang daripada wartawan berkenaan telah diikat di besi dengan kamera digantung di lehernya sebelum peranti bom di dalam kamera itu diletupkan.

Manakala seorang lagi wartawan juga melalui hukuman yang sama, bezanya kali ini peranti bom dalam laptop telah diletupkan.

Turut dibunuh ialah dua lagi aktivis media yang dijerut di leher dan seorang lagi dikelar di leher dengan benda tajam.

Semua wartawan berkenaan diculik pada bulan Oktober lalu dan mereka dipercayai dibunuh dengan kejam pada Disember lalu ketika membuat liputan di Deir el-Zour, iaitu salah satu kawasan di bawah kawalan Daesh.


Meskipun pembunuhan itu sudah beberapa bulan dilaksanakan namun badan pemantau kemanusiaan di Britain hanya mendedahkannya ketika ini kerana tidak menemui mayat mereka.

Dalam masa sama keluarga mangsa juga bimbang akan menerima balasan daripada kumpulan militan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori