Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10 Saranan Anak Muda...

PEJAM celik pejam celik, dalam tempoh 3 tahun, Wawasan 2020 akan sampai kepada...

PAS Akhirnya Berjaya Ditawan...

Semalam Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memaklumkan PAS tidak tahu mengenai perjumpaan...

Video: Kumpulan Anti Bersih...

VIDEO rakaman demonstrasi mempertahankan diri daripada Kumpulan Anti Bersih 4.0 yang menjadi viral...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

KKM Selesai Siasat Kes Kematian Menantu TPM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah menyelesaikan siasatan berhubung kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya kini sedang menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia yang dijangka siap sepenuhnya minggu depan untuk tindakan lanjut.

“Bila kedua-dua pihak dah siap, baru kita boleh ambil tindakan mengikut perundangan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan manakala polis pula melihat dari sudut Kanun Acara Jenayah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pencarian bakat bola sepak Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Stadium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, dekat sini.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meninggal dunia pada 1 Jun lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di ibu negara.

Sementara itu, Dr. Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata program pencarian bakat bola sepak yang dijalankan MIFA dengan kerjasama Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) menerima sambutan menggalakkan.

“Dengan dana berjumlah RM2.6 juta yang ditaja SEDIC, kita telah menjalankan bengkel latihan dan usaha mencari bakat generasi muda dengan penyertaan sebanyak 2,300 orang di semua 37 tempat, iaitu sekali ganda daripada sasaran awal 1,200 orang,” katanya.


Justeru itu beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mempertimbangkan untuk menambah jumlah peruntukkan bagi MIFA terus menjalankan program transformasi sukan dalam kalangan masyarakat India di seluruh negara.

“Kita memerlukan dana lebih kurang RM10 juta setiap tahun untuk meneruskan program yang memang menjadi agenda transformasi MIC ini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori