Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengguguran Kes LTTE Akan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak...

Mayat Bayi Bertali Pusat...

BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tong sampah...

Zul Ariffin Intim Dengan...

PELAKON Zul Ariffin mahu membiarkan 'masa' jawab segala persoalan mengenai perhubungannya dengan seorang gadis...

Kompaun Pemandu Teksi, Bas,...

KUALA LUMPUR - Mulai hari ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengenakan kompaun kepada...

Kemenangan Besar Bukti Rakyat Mahukan Parti Yang Mantap

KUALA LUMPUR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti yang besar membuktikan rakyat inginkan sebuah parti yang mantap dan kuat.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata walaupun kemenangan sudah dijangka, kemenangan dengan majoriti yang besar adalah sesuatu yang tidak diduga.

“Kami telah menjangka BN pasti akan meraih kemenangan di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berdasarkan reaksi positif yang diterima sepanjang kempen pilihan raya.

“Jentera wanita khususnya telah melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan ini telah diterjemahkan dengan kemenangan parti BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil diadakan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Cookies Fest Ramadan@Pasarnita di Medan Mara di sini hari ini.

Beliau berkata pengundi masa kini tidak lagi boleh diperbodohkan kerana mereka kini bijak menilai pemimpin mereka.

Shahrizat berkata kemenangan itu juga berbaloi dengan usaha yang telah dijalankan oleh jentera wanita terutamanya di PRK Kuala Kangsar yang berjaya meraih majoriti undi melalui calonnya iaitu Datin Mastura Mohd Yazid.

“Pengundi wanita merupakan majoriti pengundi di kedua-dua kawasan PRK ini jadi ia memberikan cabaran yang besar bagi jentera wanita untuk menggalas tanggungjawab menemui pengundi untuk menyampaikan misi dan visi BN sepanjang kempen PRK berlansung,” katanya.


Sementara itu, beliau yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita berkata program hari ini yang disertai kira-kira 20 usahawan wanita menjadi platform memasarkan pelbagai produk makanan.

“Di sini merupakan tempat untuk para usahawan kecil dan sederhana memasarkan produk mereka kerana kita menyediakan tempat ini secara percuma sehingga penghujung Ramadan nanti.

“Bagi pengilang yang berminat untuk memasarkan produk mereka hingga ke pasaran antarabangsa juga kita galakkan untuk datang sini,” katanya.

Program ini juga disasarkan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pemborong atau penjual barangan yang dipasarkan oleh usahawan dan dengan kemudahan yang diberikan, mampu membawa produk mereka ke peringkat antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori