Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jalankan Tugas Pengawasan Terhadap...

KANGAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta...

Layak Terima Potongan Cukai...

Menderma dan memberi merupakan satu amalan yang mulia di sisi agama Islam lebih-lebih...

Permohonan Injunksi Ahmad Zahid...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 27 April untuk...

Majlis Penasihat Ditubuh Bantu...

KEMENTERIAN Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar akan menubuhkan sekurang-kurangnya  empat majlis...

Kementerian Usaha Tingkat Bekalan Air Bersih Di Kedah

PUTRAJAYA – Meningkatkan keupayaan pembekalan air bersih ke luar bandar merupakan antara perkara yang akan diberi keutamaan dalam aspek peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Kedah.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan selepas mendapat penerangan daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri bahawa bekalan air bersih merupakan isu mendesak yang perlu diberi perhatian segera.

“Isu ini berkaitan dengan keperluan menaik taraf loji-loji lama serta keperluan menukar saluran paip-paip lama agar penyaluran air akan menjadi lebih baik.

“Termasuk beberapa permohonan lain seperti pembinaan jalan, hari ini diserahkan kepada saya jangkaan kos yang diperlukan untuk menaik taraf sistem bekalan air di mana ia dilihat lebih mendesak daripada isu lain,” katanya pada sidang media di sini tanpa menyebut jumlah peruntukan yang dipohon.

Terdahulu, Ismail Sabri menerima kunjungan hormat barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan semua pegawai daerah yang diketuai Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan Datuk Mohd Tajudin Abdullah di pejabatnya di sini.

Dalam usaha membantu menangani isu bekalan air di negeri tersebut, Ismail Sabri berkata kementerian itu telah menyerahkan sebanyak RM26.5 juta kepada kerajaan Kedah melalui peruntukan khas tahun ini, khusus bagi menangani isu berkenaan.


Kementerian juga memperuntukkan sebanyak RM148.5 juta menerusi Program Transformasi Luar Bandar kepada Kedah tahun ini dengan separuh daripada dana berkenaan telah digunakan untuk pelbagai tujuan, katanya.

Selain itu, katanya perbincangan turut diadakan untuk membangunkan secara bersama Pulau Tuba, di Langkawi sebagai lokasi pelancongan desa, satu inisiatif ke arah menambahkan pendapatan penduduk.

Sementara itu, Mohd Tajudin berkata kerajaan negeri telah memohon RM250 juta melalui peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk menambah baik dan mengatasi isu bekalan air bersih, khusus di lima daerah yang dianggap kritikal di negeri itu.

Daerah tersebut ialah Sik; Baling; Padang Terap; Kuala Muda dan Bandar Baharu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori