Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Logo ‘Visit Malaysia 2020’...

NAMPAKNYA isu rekaan logo 'Visit Malaysia 2020' bukan sahaja menarik perhatian akhbar-akhbar tempatan,...

VIDEO: Mengejutkan.. Gelandangan Lebih...

Di zaman ini, memang agak susah gamaknya nak jumpa orang yang pemurah dan...

Shabudin Angkat Sumpah Sebagai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya hari ini mengangkat sumpah jawatan...

HPPNK: 3 Tan Ikan...

SERDANG – Jualan murah hasil laut segar bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan...

Keterangan Doktor Pergigian Sudah Diambil

GEORGETOWN – Kementerian Kesihatan telahpun mengambil keterangan dua doktor gigi yang memberi rawatan kepada Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, yang meninggal dunia, susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, Kuala Lumpur, 1 Jun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian bersama polis akan menyiasat kematian menantu Timbalan Perdana Menteri itu

Bagaimanapun, setakat ini, beliau tidak mendedahkan punca kematian itu.

“Kami siasat kes ini mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) Peraturan 2006,” katanya kepada pemberita selepas melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini.


Syed Alman Zain, 44, suami anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di klinik pergigian itu dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori