Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hormati Sensitiviti Rakyat Dalam...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai dasar yang jelas dalam hubungan diplomatik dengan Israel...

Pusat Penamaan Calon PRK...

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai...

Warga Emas Ditemui Mati...

IPOH - Seorang warga emas yang juga pekerja sebuah tokong di Jalan Gopeng...

Wow! Wanita Seberat 120Kg...

MAHKOTA Ratu Vendimia dimenangi oleh gadis berusia 24 tahun, Estefania Correa yang memiliki...

Kempen Bubur Lambuk TV AlHijrah Di PRK Sungai Besar

SEBAGAI meraikan kerja kempen pilihanraya yang sedang meriah di Sungai Besar, konvoi lima trak makanan bersama 5,000 bungkus bubur lambuk istimewa Masjid Kampung Baru akan berada di lokasi Masjid Ma’muniah, Sungai Nipah.

Kehadiran konvoi Bubur Lambuk TV AlHijrah di lokasi ini bagi memeriahkan lagi suasana berikutan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke parlimen Sungai Besar.

Kempen Bubur Lambuk TV Alhijrah di PRK Sungai Besar

Kempen Bubur Lambuk TV Alhijrah di PRK Sungai Besar

Kempen Bubur Lambuk TV Alhijrah di PRK Sungai Besar

Selain mendengar amanat Perdana Menteri orang ramai boleh mendapatkan bubur lambuk menu tradisi Kampung Baru hasil adunan pelbagai jenis rempah ratus terpilih dan daging tetel, yang diedar secara percuma.

11412116_656846631117924_3592120312130079801_n
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim merupakan antara penaja bagi kempen bubur lambuk pada Ramadan tahun ini.

“Kami berjiran dengan Sungai Besar. Kita jaga siratulrahim dan tiada masalah kami menyumbang sebagai tanda kekeluargaan Islam,” kata Irmohizam.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Izelan Basar, konvoi trak makanan akan meneruskan perjalanan menuju ke PRK Kuala Kangsar, Perak dengan matlamat yang sama; menyajikan bubur lambuk istimewa sebagai juadah berbuka dalam kemeriahan kempen pilihanraya.

“Orang di Yan, Kedah juga berpeluang menikmati sajian ini. Konvoi akan menuju ke Yan selepas meninggalkan Kuala Kangsar,” kata Izelan.

10 trak makanan terlibat dalam kempen kali ini. Lima akan bergerak ke destinasi seluruh negara manakala lima lagi meneruskan aktiviti pengedaran di pelbagai lokasi Lembah Kelang.

Bagi yang ingin tahu di mana lokasi konvoi Bubur Lambuk TV AlHijrah, sila ikuti Facebook dan Instagram TV AlHijrah. – MYNEWSHUB.CC

#PRKSUNGAIBESAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori