Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Netizen Salah Anggap Sheila...

AKIBAT memuat naik gambar Janna Nick mesra dengan dua anak lelakinya di laman...

Vaksinasi Lebih 420,000, Berita...

KLANG - Kadar vaksinasi harian yang melebihi 420,000 dos semalam adalah berita terbaik...

Tauke Ayam Korea Beli...

SEOUL – Seorang usahawan terkemuka industri ternakan ayam Korea Selatan, Kim Hong-kuk sanggup...

‘Zikir Berdiri’ Bukan Ajaran...

AMALAN zikir sambil berdiri seperti dalam video klip ditular dalam laman sosial surau...

Kenaikan Harga Bahan Mentah Bukan Disebabkan Bekalan Tidak Mencukupi

KEMAMAN – Kenaikan harga bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging pada musim perayaan bukanlah disebabkan bekalan yang berkurangan sebaliknya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap pembeli, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkata sememangnya pada musim perayaan kecenderungan pembeli untuk membeli lebih daripada kuantiti biasa adalah tinggi dan ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap kegairahan pembeli.

“Ini antara perkara yang perlu diingat sebenarnya kalau harga naik bukan kerana bekalan kurang tetapi harga naik kerana peniaga yang ambil kesempatan dalam kegairahan orang ramai untuk membeli pada waktu sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan Peringkat Daerah Kemaman semalam.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar.


Shabery berkata pihaknya juga menjamin bekalan ayam menjelang Aidilfitri mencukupi berdasarkan persediaan dan pemantauan yang telah dilakukan Jabatan Veterinar.

“Insya-Allah daripada apa yang dipantau oleh Jabatan Veterinar bekalan ayam mencukupi kerana ayam yang kita peroleh hari ini adalah ayam yang sudahpun mula dipelihara kira-kira 45 hari yang lalu dan berdasarkan jumlah tetasan kita menganggap bahawa bekalan mencukupi sehingga perayaan.

“Mengenai peniaga yang mengambil tindakan menaikkan harga, saya percaya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan sentiasa memantau perkara ini terutama sekali kalau ada peniaga yang menaikkan harga di luar daripada harga siling yang ditentukan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori