Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Ingatkan DAP Pura-Pura...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan semua pihak terutama umat Islam bahawa DAP adalah...

Aiman Enggan Ambil Tahu...

PELAKON, Aiman Hakim Ridza lebih selesa untuk tidak mengambil tahu atau campur tangan berhubung kontroversi...

SMK Kundasang Baharu Bakal...

KUNDASANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang yang dikosongkan sejak 2013 kerana tidak...

Kim Swee Fokus Tajam...

SHAH ALAM - Selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, pengendali skuad...

Kenyataan `Cover Malu’ PAN – Sertai PRK Perkenal Parti

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) tiba-tiba mendakwa kononnya parti itu bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam untuk memperkenalkan parti itu kepada masyarakat Malaysia.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan berbaur `cover malu’ mendakwa kononnya, hasrat PAN untuk memperkenalkan parti itu dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam telah berjaya.

“PAN yang berusia sembilan bulan dan rakyat baru sahaja mengenalinya. Hasrat PAN untuk memperkenaikan diri telah tercapai.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi yang telah memberi sokongan kepada PAN mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Reaksi beliau mengenai keputusan PRK terbabit jauh berbeza dengan pelbagai kenyataannya yang memperkecilkan kemampuan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu sebelum ini.


Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lain terutama dari PAN turut membuat pelbagai kenyataan sombong kononnya mereka mendapat sokongan majoriti rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan akan memenangi kedua-dua kerusi tersebut.

BN menang besar dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam malah mencatatkan pertambahan majoriti berkali-kali ganda berbanding Pilihan Raya Umum 2013. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori