Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Skuad Khas Kastam Bantu...

SUNGAI PETANI - Skuad khas yang ditubuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bermula...

Sambutan CNY Tidak Bererti...

KUALA LUMPUR - Perayaan Tahun Baharu Cina hari ini yang sepatutnya dirai penuh...

Malaysia Miliki Kebolehupayaan Harungi...

KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti...

74 Sekolah Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 74 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri...

Kenyataan ‘Pekerja Tidur’ Buatkan Ex-Staf MAS Terasa

KENYATAAN Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Christoph Mueller beliau terpaksa memberhentikan 6,000 pekerja sebelum ini kerana sebahagian besar mereka tidak melakukan apa-apa bahkan ada yang tidur ketika beliau melakukan tinjauan, membuatkan ada bekas kakitangan yang berasa ‘sentap’.

Tampil membela diri, seorang daripada mereka mengingatkan Mueller tentang polisi syarikat itu yang membenarkan anak kapal dan kakitangan teknikal dalam penerbangan jarak jauh berehat atau pun tidur.

Bekas jurutera MAS, Zul Fadly memberitahu dalam laporan disiarkan Malaysiakini, apabila terpaksa bekerja selama 18 jam dia akan diberikan rehat selama enam jam.

Secara khusus katanya, dia dan jurutera lain dibenarkan tidur semasa rehat dalam bilik khas yang diperuntukkan.

Zul mengulas kenyataan Mueller, yang berkata dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa beliau terpaksa memberhentikan 6,000 pekerja kerana sebahagian besar mereka tidak melakukan apa-apa, bahkan ada yang tidur.

“Ramai di kalangan 20,000 kakitangan yang bekerja untuk syarikat itu tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan.


“Malah ketika saya berjalan di hangar ada pekerja yang tidur. Sebab itu saya terpaksa radikal mengurangkan 6,000 pekerja,” Mueller dilaporkan berkata kepada stesen penyiar Jerman, Deutsche Welle (DW) menerusi portal webnya.

Zul yang kini berkerja sebagai pemandu Uber menuntut Mueller membetulkan kenyataannya itu supaya orang ramai tidak berfikir bahawa bekas pekerja MAS ditamatkan perkhidmatan sebelum ini kerana tidur.

Menurutnya, kenyataan seperti itu boleh memberi kesan kepada bekas kakitangan yang sesetengah daripada mereka masih belum mendapat pekerjaan selepas diberhentikan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori