BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini tampil meminta maaf susulan kenyataan ‘balasan Allah’ terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Nizar pada ceramahnya malam Isnin lalu mengatakan “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberi kekalahan kepada BN) kerana kamu BN kurang ajar kepada pilihan rakyat.”
Nizar berkata sebagai seorang suami dan bapa, beliau memohon maaf kepada calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, anak-anaknya dan kesemua ahli keluarga arwah sekiranya terguris dan rasa terhina atas perbuatannya.
“Permohonan kemaafan tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya yang amat bersimpati dengan ketentuan Ilahi menimpa Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad,” katanya seperti disiarkan Berita Harian, hari ini.
BERKAITAN: Datin Mastura Maafkan Penfitnah Termasuk Nizar
Dalam pada itu anak kedua Mastura, Wan Imar Izzat melahirkan rasa kesalnya apabila perkara sensitif pun tergamak dipolitikkan Nizar.
“Kami sebenarnya amat terguris.. isu begini tidak boleh dipolitikkan. Kami masih dalam proses berkabung dan bersedih dengan kehilangan arwah, jadi bila isu arwah dipolitikkan, kami sangat-sangat terguris hati,†katanya dalam laporan disiarkan Malaysiakini.
Meskipun meminta maaf namun Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak tetap berkeras bahawa kenyataan dalam satu ucapannya di ceramah pada Isnin lalu, telah diputar belit. – MYNEWSHUB.CC
#PRKKUALAKANGSAR