Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Campak Ular Dalam Kolam,...

IPOH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menyiasat tindakan empat jurulatihnya yang...

Pemandu Maut Kereta Dihempap...

TAIPING - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki dihempap...

Noh Omar Prihatin, Bantu...

PRIMADONA Uji Rashid sebelum ini pernah berhadapan detik hitam apabila hampir diusir keluar...

KJ Anggap Dirinya Panglima...

KUALA LUMPUR – Prinsip wala’ atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi...

Kepala Anak Tertusuk Gunting Gara-Gara Diacah Ayah

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital apabila sebilah gunting tertusuk di kepala ketika dia sedang belajar bersama bapanya di rumah mereka yang terletak di Shanghai, China.

Mengikut sumber, pada awalnya bapa kanak-kanak malang tersebut berasa marah kerana anaknya tidak mahu membuat kerja sekolah pada malam Jumaat seperti biasa.

Si bapa kemudiannya mengambil sebilah gunting lantas mengacah untuk menakutkan anaknya supaya berhenti bermain dan mula membuat kerja sekolah.

Walau bagaimanapun, gunting tersebut terlepas gara-gara tangan bapa berkenaan yang licin kerana baharu selesai mencuci ayam.

Gunting tersebut tertusuk ke dalam kepala kanak-kanak itu sehingga terkena bahagian otak, membuatkan dia segera dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

scissors_head2


Selepas beberapa jam menjalani pembedahan, doktor akhirnya berjaya mengeluarkan gunting sepanjang 15cm dari tengkorak kepala kanak-kanak tersebut.

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil tetapi tidak dapat mengingati apa yang berlaku kepadanya.

Ibu kepada kanak-kanak itu berkata, suaminya hanya mahu menakutkan anaknya dan tidak mempunyai niat mencederakan anak mereka secara sengaja. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori