Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pegusaha PKS Digalak Guna...

KOTA BAHARU - Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan menggunakan aplikasi e-dagang...

Datuk Sun Teoh Tia...

MELAKA - Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit...

Rakyat Perlu Terus Komited...

KOTA KINABALU - Kerajaan sentiasa komited untuk mengangkat agenda penyatuan nasional demi mempertahankan...

2 Lelaki Ditahan Bersama...

MARANG - Dua lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM10,000 dan...

Keputusan Hukuman Richard Huckle Diketahui Isnin

KEPUTUSAN perbicaraan pedofilia warga Britain yang didakwa merogol dan mencabul kanak-kanak Malaysia, Richard Huckle, bakal diketahui pada Isnin.

Ini berikutan, hakim kes itu mahu mempertimbangkan rayuan yang difailkan oleh peguam Huckle sebelum hukuman dijatuhkan.

Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual puluhan kanak-kanak Malaysia serta Kemboja.

Dia dilaporkan melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia enam bulan hingga 12 tahun, antara tahun 2006 hingga 2014.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah Pusat England dan Wales, Huckle mengaku bersalah terhadap 71 daripada 91 pertuduhan terma­suk 23 kes membabitkan kanak-kanak di Malaysia.

Perbuatan tidak bermoral Huckle terbongkar setelah pihak berkuasa Australia menemui laman web gelap bernama Love Zon, di mana tempat dia berkongsi gambar dan video tentang penderaan seksualnya pada kanak-kanak.


Huckle kemudian ditahan di Lapangan Terbang Gatwick oleh pegawai-pegawai Agensi Jenayah Kebangsaan pada bulan Disember 2014.

Namun, dia diberi ikat jamin untuk kembali ke rumah ibu bapanya. Bagaimanapun, keesokan harinya ibunya bertanya hal tersebut dan dia mengaku melakukan jenayah tersebut.

Kesal dengan tindakan anaknya, ibu Huckle bertindak membuat laporan polis.

Huckle dikatakan pergi ke Malaysia pada tahun 2005 untuk mengajar dan sangat dikenali sebagai penganut Kristian ‘alim’. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori