Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jual Nasi Lemak Dengan...

ALKISAH seorang pemuda dari Malaysia menjual nasi lemak menggunakan basikal di perantauan mula...

Cadang Bandar Keusahawanan Lautan...

KOTA KINABALU - Kerajaan pusat mencadangkan penubuhan Bandar Keusahawanan Lautan Biru di Sabah...

Bapa Dihukum Gantung Sayu...

GEORGETOWN - Suasana pilu menyelubungi perkarangan luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini,...

Syarat Untuk Pelayar Israel...

KUALA LUMPUR - Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar israel bagi menyertai...

Kerajaan Rugi RM2.5 Bilion Tahun Lepas Akibat Rokok Haram

KOTA BAHARU – Kerajaan kerugian kira-kira RM2.5 bilion dari segi pungutan cukai, tahun lepas akibat penyeludupan rokok haram, kata Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Datuk Mohd Adhan Kechik.

Beliau berkata jumlah kerugian itu adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada penggiat industri tembakau.

“Punca kemasukan rokok seludup menyebabkan harga rokok di sini antara yang paling tinggi, selain Singapura dan Brunei.

“Di negara lain seperti Thailand, Kemboja, Vietnam dan Indonesia, harganya begitu murah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Bicara Kenaf di Dataran Kenaf di sini malam tadi.


Mohd Adhan berkata keadaan itu mendorong kepada penyeludupan rokok haram sekali gus menyebabkan kerugian kepada kerajaan dari segi kutipan cukai.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga itu berkata penguatkuasaan kawalan keselamatan di sempadan perlu dipertingkat bagi menangani perkara itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori