Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Calon Faktor Penentu Kemenangan...

SHAH ALAM - Ramadan akan datang bakal menyaksikan sejumlah 42,836 pengundi berdaftar di...

Didenda Kerana Berada Terlalu...

GURUN - Seorang pemandu mendakwa dia telah 'didenda' oleh pihak Lebuhraya PLUS kerana...

Program Pemukiman 5 Hari...

IPOH - Program Pemukiman Menteri Besar Perak akan berlangsung selama lima hari bermula...

Penduduk Lembah Klang Rasai...

PUTRAJAYA : Penduduk di sekitar Lembah Klang khususnya yang berada di bangunan tinggi...

Kerajaan Terengganu Bayar Pampasan Kepada Pemilik Kediaman

KEMAMAN – Kerajaan Terengganu akan membayar pampasan dengan kadar segera kepada pemilik kediaman di Kampung Pasir Putih, Marang yang terlibat dengan projek pembesaran jalan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata pihaknya menerusi Pejabat Tanah dan Daerah Marang telah mengenal pasti enam buah rumah yang terlibat dalam projek itu.

“Setakat ini pembinaan jalan empat lorong dari Kuala Abang, Dungun ke Gong Balai, Marang telah siap dan pembinaan sedikit terganggu akibat jalan terbabit terkena enam buah rumah penduduk di Pasir Putih.

“Jadi, kita akan selesaikan pampasan itu dengan secepat mungkin untuk kita teruskan pembinaannya,” kata beliau kepada pemberita di kediamannya di sini semalam, selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan pengali kubur.

Beliau berkata setelah selesai pembayaran pampasan itu, kerja-kerja pelebaran jalan dijangka dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Rosli berkata kerajaan mengeluarkan peruntukan yang besar untuk kerja pelebaran jalan menjadikan empat lorong dari Kemaman ke Kuala Terengganu bagi menjimatkan masa dan keselesaan orang ramai.


“Setelah siap kerja-kerja pelebaran jalan itu nanti, ia bukan sahaja melancarkan lalu lintas malah menjimatkan masa pengguna jalan raya terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata kerajaan akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi kerja-kerja melebarkan enam jambatan dari Kemaman ke Kuala Terengganu.

“Insya-Allah, kita akan berusaha agar semua jambatan yang sempit di sepanjang laluan itu akan dapat diselesaikan secara berperingkat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori