Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penyelia Syarikat Keselamatan Berdepan...

Melaka : Penyelia syarikat keselamatan berhadapan hukuman mati di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh,...

2 Pilihan Untuk Kakitangan...

PUTRAJAYA - Kakitangan Media Prima Bhd. yang terbabit dalam pemberhentian kerja mempunyai dua...

Murid Masih Boleh Berkasut...

AKHIRNYA... Setelah kecoh dikutuk rakyat, peraturan pemakaian kasut warna hitam oleh murid di...

Peringkat Akhir 5 ‘Ratu...

SHAH ALAM – Ekspedisi Eksklusif Wanita ke Antartika - ‘All Women Expedition to...

Kerajaan Tidak Berhasrat Hapuskan PRK – Azalina

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) walaupun terdapat pihak yang berpendapat ia tidak relevan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata PRK amat penting kerana masyarakat memerlukan wakil rakyat untuk meneruskan kesinambungan khidmat seseorang wakil rakyat sama ada yang telah meninggal dunia atau letak jawatan.

“PRK ini diadakan berikutan sesuatu situasi yang tidak boleh dielak.

Perlembagaan juga mengatakan PRK harus diadakan bagi mencari pengganti seorang wakil rakyat. Jadi, saya rasa tidak wajar kalau PRK dihapuskan, ” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang berpendapat PRK disalahgunakan dan meminta penjelasan sama ada ia masih lagi relevan.

Dalam pada itu, Azalina juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini berpuas hati dengan had perbelanjaan pilihan raya di negara ini kerana ia masih relevan dan tidak perlu sebarang kajian bagi mengubahnya.


Beliau menjelaskan had perbelanjaan yang ditetapkan adalah RM200,000 bagi PRK Parlimen dan RM100,000 bagi PRK Negeri.

Katanya, menurut Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, perbelanjaan yang dihadkan adalah merujuk kepada calon dan bukan kepada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) dan ia tidak membebankan sesiapa yang bertanding. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori