Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Pemain T-Team David...

SEREMBAN - Mayat pemain pertahanan T-Team, David Faramola Oniya, selamat disemadikan di Tanah...

Cadangan Wajibkan Pemancing Mesti...

Kecoh hari ini khususnya dalam kalangan pemancing tegar apabila ada cadangan dari Lembaga...

Isu Jantina, Jakim Mahu...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan usahawan kosmetik Nur Sajat berikutan...

Saksi Tidak Serah Telefon...

TENOM : Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau...

Kerani Wanita Didakwa Miliki Barang Berkaitan Pengganas

LUMUT – Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan memiliki buku dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Rafidah Juma’at, 26, yang kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Shaqira Ibrahim.

Rafidah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung, pada 24 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Julai depan bagi sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori