Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DAP Sanggup Korban Maruah...

TEMERLOH - Kesanggupan DAP menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya...

Kerajaan PN Mahu Kekal...

SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN)...

‘Camp Fire’ Akhirnya Berjaya...

LOS ANGELES - Kebakaran hutan terburuk di California, dikenali sebagai ‘Camp Fire’ akhirnya...

Ramai Penjawat Awam Masih...

KUALA LUMPUR - Hampir 95 peratus penjawat awam yang berusia bawah 30 tahun...

Kerja Ukur Tanah Rizab Orang Asli Selesai Tahun Ini

PUTRAJAYA – Kerja-kerja pengukuran tanah rizab masyarakat Orang Asli akan diselesaikan pada penghujung tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Daripada keseluruhan 135,000 hektar tanah rizab, hanya 30,000 hektar telah diukur dan diwartakan setakat ini, manakala selebihnya masih dalam proses pengukuran, katanya.

“Keadaan ini menimbulkan pertelingkahan dan merupakan isu besar dalam kalangan masyarakat Orang Asli apabila pihak yang ingin memajukan tanah itu dianggap sebagai menceroboh.

“Sebab itu, mesyuarat hari ini mengarahkan supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyegerakan kerja mengukur agar pewartaan tanah itu dapat dipohon dan diperoleh secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli di kementeriannya di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata setelah selesai diukur, maklumat itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bagi kelulusan ukuran persempadanannya sebelum diwartakan.

Beliau berkata pihaknya tidak boleh menetapkan bila tanah itu boleh mendapat status ‘diwartakan’ kerana kuasa mewartakan tanah terletak di bawah kerajaan negeri, dan kementerian melalui Jakoa hanya terhad kepada kerja mengukur.


“Cuma kita minta kerajaan negeri memberi perhatian kepada pewartaan tanah ini kerana perkara tersebut turut dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Besar sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sebuah ladang baharu seluas 430 hektar dengan kos RM1.57 juta akan dibuka tahun ini, yang dijangka memberi manfaat kepada 262 peserta dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Beliau berkata usaha menambah pendapatan dalam kalangan masyarakat itu turut dilakukan Jakoa dengan pembukaan 36 Projek Ladang Masyarakat yang disertai 1,871 peserta pada tahun lepas.

Sebagai kelangsungan, kementerian melalui Jakoa akan membuka 15 lagi ladang berkeluasan 704 hektar seumpama itu tahun ini, dengan anggaran lebih 500 peserta akan mendapat manfaat daripadanya, kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori