Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Aduan Akan Pantau...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Aduan (JKA) bagi memantau pengendalian aduan...

70 Peratus Kematian Di...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 70 peratus kematian yang berlaku di hospital kerajaan pada...

Bekas Peguam Jadi `Bapa...

JIJIK...kisah bekas peguam, Mark Henry Benavides, yang telah dipenjarakan selama 80 tahun pada...

PPM Semporna Tahan 14...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 14 pendatang tanpa izin (PATI) ketika...

Kesian, Duit Simpan Kat Rumah Dimakan Anai-Anai

KITA faham kadang-kadang sesetengah warga emas sememangnya lebih selesa menyimpan wang simpanan mereka di rumah sahaja.

Mereka berasakan menyimpan di rumah lebih mudah kerana tidak perlu bersusah payah ke bank sekiranya ingin membuat menggunakan wang.

Tapi, kalau dah jadi macam ni sampai dimakan anai-anai.. kesian pun ada.

Gambar wang yang rosak dimakan anai-anai ini dikatakan milik seorang warga emas yang tidak menyedari wang simpanannya sudah rosak kerana lama tak diperiksa.

wangwang1wang2

Walau bagaimana pun kalau terjadi semacam ini, jangan pula dibuang wang tersebut sebaliknya bawa ianya ke bank dan mereka akan menilai wang ‘rosak’ anda sebelum diberikan dengan wang baharu.

Untuk pengetahuan, Bank Negara Malaysia (BNM) menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran eperti duit terbakar, koyak, berlubang, kotor, dimakan anai-anai, hilang ciri-ciri keselamatan dan sebagainya di mana ianya akan ditukar kepada duit baharu.

Apa yang perlu dilakukan ialah bawa wang kertas atau duit syiling yang rosak ke mana-mana cawangan BNM terdekat dan isi borang yang boleh didapati di kaunter.


Kemudiannya, pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang anda berpandukan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sekiranya wang terkoyak tidak melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal, pemilik akan menerima wang baharu dalam jumlah yang sama.

Sebaliknya jika wang yang rosak kurang daripada 2/3 tetapi melebihi satu per dua (1/2) saiz asal, pemilik hanya akan menerima nilai separuh daripada jumlah wang.

Jadi jangan buang wang yang koyak sebab ia masih punya nilainya tau! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori