Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suspek Tikam Ibu Guna...

BALIK PULAU - Suspek yang menikam ibunya menggunakan gunting sehingga mati di sebuah...

Syarul Ridzwan Kemalangan, Kereta...

PELAKON Syarul Ridzwan ditimpa kemalangan pagi ini menyebabkan kereta yang dipandunya mengalami kerosakan...

Siew Kiong Umum Keluar...

JOHOR BAHRU - Bekas Setiausaha MCA Pusat, Datuk Tee Siew Kiong pada Khamis...

Sesuatu Tak Dijangka Berlaku...

SEKUMPULAN pereka di Korea Selatan tampil dengan idea bijak untuk memeriahkan hari suram dengan...

Kilang Kasut Terbakar Di Taman Shamelin

KUALA LUMPUR – Tujuh jentera bomba dikejarkan ke Taman Shamelin, di sini, selepas sebuah kilang kasut terbakar, pada jam 2.15 petang tadi.

Pada masa ini api dilaporkan sedang marak dan pihak bomba dengan kekuatan 38 pegawai dan anggota sedang berusaha mengawal api dari merebak ke kilang bersebelahan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata langkah awal yang diambil pada masa ini adalah memaklumkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mematikan bekalan elektrik di premis berhampiran.

“Kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran sedang giat dilakukan dan berdasarkan pemeriksaan awal tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Asap tebal kebakaran dapat dilihat dari jarak hampir 5 kilometer dari sekitar Cheras dan Lebuhraya MRR2. – Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori