Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Hilang Ditemui...

DUNGUN - Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Tepus pada 2...

Video: Polis Kejar Lori...

RAKAMAN video sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengejar sebuah lori curi tanpa...

Justo: Siasatan Menjurus Cubaan...

SHAH ALAM - Pasukan penyiasat dalam kes bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre...

Pusat Penamaan Calon Parlimen...

KOTA KINABALU – Sebuah dewan yang digunakan sebagai pusat penamaan calon PRU14 bagi...

Kisah Sedih Mahendra, Lihat Dunia Secara Terbalik

KISAH malang ini menimpa seorang remaja berumur 13 tahun yang tinggal di India. Mahendra Ahirwar, mengidap penyakit yang membuatkan tubuhnya tidak normal sejak lahir.

Penyakit yang jarang berlaku dan disebut sebagai ‘Congenital Myopathy’ ini membuatkan leher seseorang itu tidak boleh tegak sejak kecil.

Mahendra tidak dapat menguruskan diri kerana keadaannya justeru, semua keperluan dan penjagaan hariannya bergantung penuh pada keluarga dan rakan-rakan.


Tidak tahan lihat penderitaan Mahendra, orang tuanya dikatakan pernah berharap agar kematian mengakhiri penderitaan anak mereka ini.

Mukesh Ahirwar, 41, dan Sumitra Ahirwar, 36, telah membawa anak mereka berjumpa lebih 50 doktor di seluruh India namun tiada sesiapa mampu membantu sembuhkan Mahendra, hinggalah dia akhirnya dapat menjalani pembedahan yang dijalankan Dr Rajagopalan Krishnan, Mei lalu.

Kos pembedahan Mahendra dijelaskan hasil kutipan derma dijalankan seorang wanita, Julie Jonas yang bersimpati dengan nasib dirinya..

Meskipun mesti menggunakan penyokong leher selama enam bulan, secara perlahan-lahan suara Mahendra semakin kedengaran dan dia dilaporkan boleh bernafas, makan dan minum sendiri selepas pembedahan dijalankan.


Tambah memberansangkan, Mahendra kini sudah boleh bermain dengan rakan-rakannya dan belajar menulis.

 

Ternyata, masa depan Mahendra kini berubah selepas dia tak lagi ‘melihat’ dunia secara terbalik. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dunia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori