Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Tadika Didakwa Cederakan...

KAJANG - Seorang guru tadika berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di...

Pemilihan PKR: Azmin Belum...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau masih belum membuat...

Mangsa Banjir Di Selangor...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Selangor kekal 15 orang melibatkan empat...

Datuk Jalaluddin Hassan Nafi...

SEBELUM ini Datuk Jalaluddin Hassan ada menyuarakan niatnya untuk mendirikan rumah tangga dengan...

KTMB Beri Diskaun 50% Kepada Pengundi Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang tiket 50 peratus kepada orang ramai yang mahu pulang ke Kuala Kangsar, Perak dengan menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS) pada 18 Jun ini.

KTMB dalam satu kenyataan media memberitahu, diskaun itu diberikan kepada mereka yang mahu pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada Sabtu ini.

“Tarikh jualan tiket dan perjalanan adalah pada 18 Jun 2016 untuk perjalanan sehala ke Kuala Kangsar sahaja.

“Bagaimanapun, tiada kuota khas disediakan dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk pada tarikh tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KTMB, tawaran diskaun itu hanya layak untuk pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Justeru, katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan diskaun tersebut perlu mengemukakan kad pengenalan dan salinan slip daftar pemilik semasa membeli tiket.

“Tiada diskaun ditawarkan melalui pembelian secara dalam talian (Online) atau agen tiket berdaftar,” kata KTMB. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori