MENGIKUT laporan Astro Awani, kos bagi menyediakan juadah berbuka di Masjid Nabawi mencecah lebih RM 1 juta sehari dan ia disumbangkan oleh syarikat tempatan dan hartawan di sekitar Makkah dan Madinah.
Setiap hari, Masjid Nabawi dipenuhi sehingga 700,000 jemaah dan waktu berbuka adalah waktu yang sangat ditunggu sepanjang bulan Ramadan. Ini menjadikan madinah sebagai tempat berbuka puasa terbesar di dunia.
Pelbagai juadah disediakan bagi jemaah yang berbuka di sana,ĆāĆĀ termasuklah kurma, roti dan nasi mandy.
Segala persiapan untuk berbuka puasa dilakukan selepas selesai menyempurnakan solat Asar dengan para jemaah akan menyediakan segala kelengkapan dan juadah beramai-ramai.
Selepas 20 minit berbuka, petugas di Masjid Nabawi akan mengemas kawasan untuk menyediakan ruangĆāĆĀ mencukupi bagi solat Magrib dan Terawih. SegalanyaĆāĆĀ dikemas tanpa meninggalkan sebarang kesan sisa makanan. – MYNEWSHUB.CC