Seorang lelaki tergamak membunuh bayinya yang berusia empat bulan dengan mencampaknya dari tingkap kereta kerana percaya bayi berkenaan telah dirasuk.
Dalam kejadian mengejutkan ramai itu, bayi malang tersebut dicampak dari tingkap kereta terbabit ketika lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu, sedang memandu kereta tersebut di lebuh raya Manama, Bahrain.
Melihat keadaan berkenaan, isterinya yang ketakutan telah melompat dari kenderaan tersebut.
Malangnya dia terkorban selepas dilanggar oleh sebuah lori.
Susulan itu, lelaki berkenaan telah dihukum penjara 15 tahun dan sebat 1,500 kali oleh mahkamah.
Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu dilaporkan telah mengambil sejenis ubat pada hari kejadian.
Malahan ketika ditangkap, dia meracau-racau dan bercakap sendirian sementara baju yang dipakainya pula dipenuhi dengan darah.