Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aznil Naikkan Semangat Sukan...

MASIH lagi berkisar tentang majlis perasmian Sukan SEA 29 (KL2017) yang telah diadakan...

Jangan Pandang Kecil Hasrat...

KUALA LUMPUR - "Hasrat dan kemampuan para pemimpin DAP berpolitik tidaklah sesekali boleh...

Cubaan Culik PM –...

KUALA LUMPUR-- Polis mengesahkan ada cubaan menculik beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri oleh...

Bapa Ainul Mohon Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400,000 sumbangan diperlukan bagi menampung kos rawatan dan membawa...

Lelaki Pakai Rantai, Rambut Tak Islamik Di Makkah Ditahan

SERAMAI 50 lelaki Arab Saudi ditahan baru-baru ini gara-gara memakai rantai leher dan mempunyai potongan rambut yang dianggap sebagai ‘tidak Islamik’.

Penangkapan itu dibuat setelah pihak berkuasa Arab Saudi mengadakan pemeriksaan secara besar-besaran di sebuah pusat beli belah sekitar Makkah, sempena bulan mulia Ramadan.

Kesemua pemuda yang ditahan itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah.

Mereka yang ditahan dikatakan melakukan beberapa kesalahan seperti mempunyai potongan rambut pelik, memakai rantai atau gelang, memakai lilit kepala dan mengenakan pakaian singkat.

Menurut laporan Middle East Eye, polis moral negara itu semangnya diberi mandat untuk menasihati orang ramai tentang ‘tingkah laku dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jika di Malaysia, penguat kuasa agama boleh membuat tangkapan hal yang salah dari agama Islam namun berbeza pula di Arab Saudi kerana mereka perlu melaporkan ‘kesalahan moral’ itu  kepada polis atau pegawai antidadah.


Pada bulan April lalu, Persatuan Bola Sepak Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa menyekat pemain yang mencukur hanya sebahagian kepala.

Dek kerana itu, tiga pemain Saudi diharamkan bermain sehinggalah mereka menukar gaya rambut berkenaan.

Malah, video penjaga gol Shabaab, Waleed Abdullah dipaksa memotong rambut di tepi padang pada 2012 pernah menjadi viral di Internet, suatu ketika dahulu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori