Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Sedia Jadi Saksi...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau...

Punca Kebakaran Tahfiz Masih...

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan 2 tenaga pengajar dilaporkan maut dalam...

Hebat! Anak Melayu Bersantai...

SEMUA sudah maklum bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan merupakan ceruk benua paling sejuk...

Rakyat Tolak PAS, Ikatan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) percaya rakyat tidak akan terpengaruh dengan...

Lelaki Pilih Telefon Pintar Sebagai Isteri

LAS VEGAS – Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap telefon pintar keperluan paling penting dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, seorang lelaki dari Los Angeles, California melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintarnya.

Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefonnya.

Lebih menarik lagi dia turut menyarungkan cincin pada telefonnya sebagai tanda ikatan cinta.

Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk akal.

Chervenak berkata, telefon pintar sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya dan dia tidak boleh hidup tanpa alat komunikasi berkenaan.

“Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintar,” katanya.


Menurutnya, dia menghubungi pihak gereja itu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan telefon pintarnya pada bulan lalu.

“Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.

“Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori