Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pahang Fokus Perbaiki Kelemahan...

PENGENDALI pasukan Pahang Zainal Abidin Hassan melihat kelemahan pemain melakukan sentuhan penyudah mengundang...

Rindu Bekas Guru Untuk...

BUKIT MERTAJAM - Biarpun adakala berdepan kesukaran mengingati kembali detik kehidupan lalu, rindu...

Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’...

PATUNG pembunuh Annabelle telah berjaya menawan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang....

2 Impian Tercapai, Ruhainies...

EMPAT tahun berusaha keras dalam dunia seni akhirnya membuahkan hasil buat pelakon Ruhainies...

Lelaki Rambut Panjang 63 Kaki Nak Masuk Rekod Guinness

JIKA dilihat dari kejauhan, lelaki warga emas berusia 60 tahun ini seakan memegang tali berwarna hitam di pergelangan tangannya.

Namun tanggapan itu silap, kerana ‘tali’ itu sebenarnya adalah rambut Savjibhai Rathwa yang kini telah mencecah 63 kaki panjangnya!

Savjibhai yang berasal dari Vadorara, India mula menyimpan rambutnya sejak berpuluh tahun dahulu dan sentiasa menjaga rapi aset kesayangannya itu.

Setiap dua hari dia akan menghabiskan masa selama tiga jam untuk mencuci dan membersihkan rambut.

Savijbhai juga ada cara tersendiri untuk mengeringkan rambutnya yang panjang mengurai itu, iaitu berjalan-jalan sekeliling kebun dan menyuruh cucunya menguraikan helaian rambut sementara dia menghisap rokok.

hair1

Petuanya dalam mendapatkan rambut yang sihat dan kuat, ‘Rapunzel lelaki’ ini mengatakan dia mengamalkan diet pemakanan vegetarian yang dimasak oleh isterinya dan mengelak menjamah makanan pedas.

“Ketika keluar bekerja, saya hanya makan buah pisang sahaja. Saya tak pernah makan makanan yang dibeli dari luar,” katanya.


Berdasarkan ukuran panjang rambutnya, Savjibhai kini dipercayai individu yang mempunyai rambut paling panjang di dunia mengalahkan Rekod Dunia Guinness yang dipegang seorang lelaki Vietnam yang mempunyai rambut mencecah 22 kaki panjang.

Sehubungan itu, dia menyampaikan hasratnya kepada media tempatan untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

“Saya rasa macam nak (dicatatkan nama dalam Guinness), jika ada mana-mana pihak yang dapat menolong,” pintanya.

Setakat ini, seorang individu dikatakan telah bersetuju membantunya mendapatkan borang dan dokumen yang diperlukan untuk mendapat pengiktirafan dari Guinness World Record. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori