Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kepala Hampir Putus Masih...

REMAJA ini masih dapat menahan kesakitan meskipun kepalanya hampir putus akibat diserang dengan...

Pihak Berkuasa Tidak Akan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan...

Latihan Keras Bawa Tuah...

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais...

Ahli Sindiket Seludup Migran...

POLIS menembak mati seorang lelaki dipercayai anggota sindiket penyeludupan migran di Jalan Bandar...

Lelaki Warga Asing Dilepas Tanpa Dibebas Tuduhan Miliki Ganja

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang pembantu kedai telefon warga Sri Lanka daripada pertuduhan memiliki ganja seberat 157 gram, tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan melepaskan tanpa membebaskan Mohamed Mahdhi Mansoor, 26, pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni memberitahu bahawa pendakwaan menarik balik pertuduhan ke atas tertuduh.

Mohamed Mahdhi mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di tepi tangga bawah Blok A, Flat Dewan Bandaraya Bukit Bangsar, Brickfields, di sini pada 6.05 petang, 1 Jun tahun lalu.

Lelaki itu yang menetap di Malaysia hampir setahun, didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (A)(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan juga dikenakan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Di luar mahkamah, peguam Kee Wei Lon yang mewakili tertuduh memberitahu media bahawa perbicaraan kes itu belum bermula dan tertuduh direman di Penjara Sungai Buloh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori