SEOLAH-OLAH Lenovo tidak berpuas hati dengan hanya membuat telefon pintar, smartwatches, tablet dan komputer malah akan mengeluarkan produk terbaru iaitu ‘kasut pintar Lenovo’.
Syarikat ini sekarang melebarkan sayap ke produk kecergasan dan yang berkaitan dengan kesihatan. Dalam Lenovo’s Tech World yang berlangsung di San Francisco, syarikat memperkenalkan sepasang kasut pengesan kecergasan canggih.
Seperti yang anda lihat dalam video tersebut, kasut pintar Lenovo ini kelihatan seperti sepasang kasut sukan khas, tetapi produk ini akan dilancarkan dengan beberapa ciri-ciri seperti sensor pemantauan kesihatan, langkah-langkah, kalori yang terbakar, dan pengisian tanpa wayar.
Bagaimanapun, kasut ini masih dalam bentuk prototaip dan tidak dinyatakan oleh syarikat yang akan menghasilkan kasut ini. – MYNEWSHUB.CC