“Aku harap korang yg baca ni jangan salah faham la pulak. Aku cuma nk luahkan je apa yg aku alami dan rasa. Aku sebenarnya bukan nak mintak viralkan  benda ni. Tapi disebabkan dah tak tahan sangat dan tak tahu nak buat apa lagi, ini sahaja jalan yang tinggal.
Cuba bayangkan kalau dalam seminggu 4 hari berturut-turut sampai lambat ke pejabat, sebabnya hanya satu iaitu bas lambat. Apa perasaan anda semua? Dan kalau anda semua berikan jawapan yang sama setiap kali  ditanya oleh orang atasan anda adakah mereka akan terima?
Sudah tentu mereka akan kata anda yang lambat tetapi sengaja mahu menyalahkan bas.
Laluan bas Rapid KL 652 sebenarnya masuk kategori melampau. Aku dah buat aduan banyak kali sampai tak mampu nak kira. Daripada menelefon sehingga menghantar email kepada mereka. Tetapi, tiada sebarang perubahan.
Kalau berubah, cuma bertahan selama 2 minggu sahaja dan kembali lambat semula selepas itu. Malah aku rasa makin teruk perkhidmatan yang diberikan.
Bulan lepas dari 24 Mei 2016 sehingga 27 Mei 2016, 4 hari berturut-turut kena tunggu lebih daripada 45 minit. Itu belum termasuk lagi yang lambat sebelum ini. Kalau nk diikutkan keadaan ini sebenarnya berlaku bermula bulan Disember 2015  sejak laluan bas ditukar dan stasen LRT awan besar dibuka.
Tapi aku masih mampu bertahan dan hanya buat aduan kepada Rapid KL sahaja. Pernah juga terpaksa menunggu 1 jam 20 minit. Aku dah stress sangat masa tu. Tapi aku hanya mampu bersabar dan tak terfikir nak buat macam mana.
Tapi hari ni aku dah tak boleh tahan lagi dan rasa terpanggil untuk viralkan hal ni. Hari ini, 1 jun 2016 hari pertama dibulan baru aku betul-betul naik hantu.
Aku tunggu dari pukul 7.17 pagi, waktu aku sampai kat bus stop dah ada orang lain yang menunggu bas yang sama macam aku. Maknanya dia datang lebih awal daripada aku.
Sampai pukul 8.34 pagi kami menunggu, baru bas nak muncul.
Hari pertama bulan baru dah lambat sampai office . Padahal jalan tak jammed pun. 39 minit da sampai KL Sentral. Aku memang tak faham dan tak tahu apa sebenarnya masalah dalaman yang berlaku sehingga pengguna bas yang menjadi mangsa.
Aku tengok kat Facebook Rapid KL. Rupanya dah ada orang yang buat aduan..
Nak tahu apa jawapan yang diberikan?
System tracker ada problem jadi  mereka tak dapat nak kesan pergerakan bas. Ada ke logic jawapan macam tu. Ingat kita ni kategori budak ingus meleleh yang tak reti lap sendiri lagi ke?
Eh kalau pun system problem, tak kan tak  boleh telefon pejabat depo atau call  terus pegawai yang terlibat. Kenapa, nak kata semua system telco kat KL ni ada problem juga ke sampai tak boleh nak call mana-mana nombor?
Jangan gula2kan pengguna lagi. Yang aku tak faham, kenapa sesetengah kawasan disediakan sehingga 10 buah bas manakala sesetengah kawasan lagi hanya disediakan 4 bas saja. Ketara sangat beza dia.
Kalau nak tahu, kawasan bas yang banyak ni adakalanya bas tu kosong, kalau ada pun mungkin 3-4 orang sahaja dlm bas tersebut. Kawasan yang hanya disediakan 4 buah bas pula, pengguna perlu tunggu entah berapa lama baru dapat bas.
Aku tak pasti la sama ada lepas ni akan ada perubahan atau tidak. Semuanya terletak kepada kebijaksanaan pihak pengurusan Rapid KL atau prasarana”. - MYNEWSHUB.CC