KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengagihkan wang zakat berjumlah RM509,880 kepada 716 asnaf fakir dan miskin bagi daerah Hulu Selangor bersempena Ramadan dan Syawal.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM215,750 diagihkan kepada 300 asnaf fakir, manakala RM294,130 kepada 416 asnaf miskin.
“Mereka, masing-masing menerima bantuan antara RM550 dan RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan bagi setiap keluarga,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Ramadan itu, di sini, Sabtu. – BERNAMA