Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Lelaki Leka...

KEPALA BATAS - Dua remaja lelaki yang sedang leka berlumba haram di Lebuhraya...

DAP,PKR Perlu Bersetuju Perlaksanaan...

KOTA BHARU - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersetuju dengan pelaksanaan...

UMNO Johor Komited Terus...

KUALA LUMPUR - UMNO Johor akan terus komited dalam usaha mengukuhkan lagi parti...

PAU 2023: ‘UMNO Tercedera,...

KUALA LUMPUR - UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya,...

Mahu ‘Ajar’ Pemuda Hentikan Ceramah PAN Ganggu Tarawih

KUALA KANGSAR – Tidak sampai 24 jam selepas insiden satu ceramah PAN ‘diganggu’ di Taman Seri Emas di sini malam Rabu lalu, seorang netizen dipercayai mahu ‘ajar’ lelaki yang menjejaskan program parti pembangkang itu.

Menerusi posting disiarkan menerusi laman sosial pada Khamis (lihat waktunya baharu masuk azan Isyak di Bandar Diraja Perak tersebut) netizen bernama manja Aya itu ternyata tidak berpuas hati dengan insiden cemas berkenaan.

Dia yang menggunakan akaun Facebook di bawah nama Era Pasca itu dengan angkuh mencabar lelaki tersebut yang hanya dirujuknya sebagai Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar untuk hadir ‘berbuka puasa’ dengan dirinya pula.

Dengan nada sinis, Aya mendakwa si pengganggu ceramah PAN itu sebagai mungkin tidak berani menyahut cabaran dan barang kali berada di masjid atau mengganggu ceramah PAN yang lain atas sebab mengganggu solat tarawih.

Baca: Ceramah PAN Diserang, Ganggu Solat Tarawih

kkprk

Ternyata netizen cenderung penyokong pembangkang itu bukan sahaja biadap, malah tergamak membiarkan sahaja parti idolanya berceramah pada waktu umat Islam sedang beribadah dengan solat tarawih sepanjang Ramadan.

Untuk rekod, insiden tidak dijangka itu meletus apabila PAN menganjurkan ceramah di kawasan ramai penduduk Melayu ketika waktu sibuk masyarakat Muslim berbuka puasa, diikuti solat fardu Maghrib dan solat sunat tarawih.


Difahamkan bunyi kuat pembesar suara daripada ceramah PAN itu mengganggu umat Islam kebetulan menunaikan ibadah solat di sebuah masjid berhampiran sehingga menimbulkan perasaan amat marah oleh ramai jemaahnya.

PAN bagaimanapun dilaporkan tidak menghentikan ceramah kempen sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar itu sebaliknya hanya bertindak memperlahankan kadar bunyi pada pembesar suara di sekitar pentas.

Parti komponen Pakatan Harapan itu turut membuat laporan polis mendakwa ceramah mereka diserang pemuda yang berani mempertahankan kesucian bulan Ramadan al-Mubarak dan menjejaskan program PAN tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori