Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Ada Bon...

DARI FB NAJIB RAZAKSetelah Darurat Diisytihar:Kerajaan membuat ordinan darurat untuk gantung akta kewangan...

Klip Video Fitnah, Bermotif...

KENINGAU – Calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) 2018 Raymond Ahuar...

Kanak-Kanak Maut, Lemas Dalam...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam...

TPM Lancar Skuad Penerangan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr...

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2016

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan satu pelancaran Ihya’ Ramadhan peringkat kebangsaan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini hari ini (semalam).

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2016

Pelancaran itu di disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama YB Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki.

Tujuan pelancaran program ini adalah untuk menyemarakkan aktiviti ibadah di sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan sebanyak 246 program di masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam.

Selain itu, ia juga menjadi medan pertemuan antara agensi-agensi di bawah menteri di JPM serta untuk memberi input berkaitan keprihatinan agensi agama terutama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) yang sentiasa terkehadapan menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf.

Difahamkan sebanyak 14 agensi di bawah menteri di JPM turut terlibat bagi menjayakan program ini.

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2016Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2016


Menurut  Asyraf Wajdi dalam ucapannya berkata, pihak MAIWP memperuntukkan sebanyak RM 1,417,000 kepada masjid dan surau di seleuruh ibu kota untuk menghidupkan bulan Ramadhan.

Disamping itu, pihak MAIWP juga turut memberi bantuan Aidilfitri kepada 25,000 asnaf sekitar Wilayah Perseketuan untuk meringankan beban mereka serta beberapa bantuan lain lagi.

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2016

Turut mengambil kesempatan bersempena bulan barakah ini ialah pihak Bank Rakyat yang menyumbangkan sebanyak 120 buah kerusi roda kepada masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Manakala pihak TV Al-Hijrah pula mengagihkan bubur lambuk sebanyak 1000 bungkusan kepada tetamu yang hadir pada pelancaran program tersebut. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori