Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ustaz Ebit Lew Terima...

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau...

Pasangan Lesbian Tetap Berkahwin...

PASANGAN lesbian dan selebriti terkenal Jepun, Akane Sugimori, 28 dan Ayaka Ichinose, 34...

3 Juta ‘Berhijrah’ Kepada...

WASHINGTON - Gangguan teknikal pada rangkaian sosial terbesar dunia, Facebook, Instagram dan WhatsApp...

Banyak Kicauan Burung Boleh...

JAKARTA - Sekumpulan penuntut Indonesia berjaya memajukan peranti yang dapat meningkatkan lagi produktiviti...

Mandy Moore Sah Cerai Dengan Ryan Adams

PELAKON dan penyanyi Mandy Moore akhirnya bercerai dengan suaminya Ryan Adams selepas hampir setahun tidak tinggal sebumbung.

Menurut sebuah portal hiburan antarabangsa, pengumuman untuk berpisah dibuat oleh pasangan ini pada Januari tahun lalu. Namun proses perceraian itu mengambil masa yang agak lama berikutan isu pembahagian harta sepencarian.

Mandy Moore Sah Cerai Dengan Ryan Adams
Mandy Moore dan Ryan Adams

“Selepas menanti lebih setahun, Mandy dan Ryan akhirnya sah bercerai. Mereka tetap memilih untuk berpisah dan berharap pihak media menghormati privasi mereka,” kata sumber terdekat.

Jelas sumber itu lagi, Ryan dikehendaki membayar kepada Moore sebanyak RM1.75 juta. Tambahnya lagi, Moore akan mendapat sebuah kondominiun yang terletak di Beverly Hills dan kereta jenis Prius.

Manakala Ryan pula bersetuju untuk menyimpan koloksi komik kegemarannya serta sebuah Porsche Carrera dan Cadillac keluaran 1959.


Moore dan Ryan tidak dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan mereka. Zaman kegemilangan Moore bermula tahun 1999 menerusi single berjudul Candy.

Terdahulu, sebelum berkahwin dengan Ryan, Moore pernah bercinta dengan Wilmer Valderrama, Andy Roddick dan Zach Braff. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori