Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Alasan Tidak Tuntut...

JITRA – Tiada alasan untuk orang ramai tidak menuntut kad pengenalan yang sudah...

Abu Sayyaf Penggal Tebusan...

MANILA - Militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan...

Kadar Rt COVID-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini menurun...

Udang Malaysia Dijamin Bebas...

PEKAN - Jabatan Perikanan memberi jaminan udang yang diternak oleh 1,200 pengusaha udang...

Mangsa Mercun Selamat Jalani Pembedahan Lima Jam

KUALA TERENGGANU – Remaja berusia 14 tahun yang cedera parah akibat bermain mercun buatan sendiri telah dipindahkan ke wad biasa selepas menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar berkata empat pakar termasuk pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), pembedahan am serta pakar bedah plastik memulakan pembedahan pada pukul 9 pagi semalam.

“Pembedahan terpaksa mengambil sedikit masa bagi membaiki semula kerosakan otot di bahagian leher yang cedera teruk serta bahagian badan mangsa yang teruk melecur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kecederaan yang dialami remaja berkenaan di bahagian dada agak teruk dan berkemungkinan remaja terbabit memerlukan pembedahan plastik selepas ini untuk memulihkan kembali kecederaanya itu.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Noriah Awang, 41, berkata keadaan Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah dilaporkan stabil dan kini telah sedar.


“Syukur Haiqal sudah mula sedar selepas pembedahan dan kini sudah boleh bercakap dan makan sebaik dipindahkan ke wad biasa pada pukul 5 petang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian 9 malam, Khamis lepas, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher, dada dan lengan ketika bermain mercun buatan sendiri di Kampung Tok Kah, Dungun, kira-kira 79km dari sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori