Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Unit Patologi HRPZ II...

KUALA LUMPUR - Unit patologi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),...

Usaha Pencarian 7 Mangsa...

KUALA LUMPUR - Lebih 40 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi masih menjalankan usaha...

PDRM Sambut Baik Pelanjutan...

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat semalam...

Gantung Rakan Di Dalam...

LELAKI dipercayai dibunuh dua rakannya selepas ditemui digantung di dalam hotel bajet di...

Manusia Pelik Semua Benda Jadi Makanannya

POLIS telah melancarkan siasatan terhadap seorang ibu selepas dia memuatnaik video yang memaparkan dia makan benda -benda pelik termasuk belut, cacing, ikan emas dan mentol lampu.

Wanita itu, memuatnaik video itu di bawah nama ‘Chihuo Fengjie’ yang bermaksud `Kakak Feng makan semua’, demikian lapor People’s Daily Online di China.

Persembahan yang dilakukan oleh wanita itu berjaya menarik 300,000 pengikut dalam akaun media sosialnya.

Dia juga menjadi `trending’ di media sosial di China dan paling ramai yang memperkatakan mengenainya.

Berdasarkan akaun media sosialnya itu, wanita berkenaan berusia 48 tahun dan hobinya adalah memakan benda pelik yang tidak dilakukan oleh manusia normal lain.

Malahannya gambar profil wanita itu menggambarkan dia memegang belut hidup dan menggigit kepalanya.


Dia juga menjadi semakin berani termasuk menyalakan sedozen rokok yang disumbat dalam hidungnya dan mendakwa boleh memecahkan tembikai dengan kepala.

Disebabkan video berkenaan meragukan maka polis telah menjalankan siasatan. Video itu dirakamkan oleh anaknya.

Identiti wanita berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori