Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PM Singapura Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching,...

GAMBAR: Erma Fatima Rileks...

Berkongsi kasih bukan sesuatu yang mampu dilakukan kebanyakan wanita namun tidak bagi pelakon...

Kami Ada Duit –...

IPOH : ‘Takkan kami berani jika tidak ada wang’.Demikian tegas Pengurus Impact Media...

Jutawan Meningkat, Lebih Kaya...

NAIROBI - Jumlah jutawan di dunia meningkat dua kali ganda sejak sedekad lalu...

Marah Dipecat PAS, Husam Berceramah Di Pentas PAN

KUALA KANGSAR – Jika Tun Dr. Mahathir Mohamad dikecam Barisan Nasional (BN) kerana tergamak sekongkol dengan musuh politiknya DAP, PKR dan PAN, cerita tokoh siasah ini mungkin lebih kurang sama.

Bezanya barang kali sekiranya Mahathir sanggup ‘sahabat’ dengan seteru termasuk parti milik Anwar Ibrahim yang suatu ketika galak menyelar beliau dengan pelbagai gelaran hina, Datuk Husam Musa pula ada gaya tersendiri.

ADUN Salor di Kelantan itu baharu dipecat PAS pada 6 Mei tetapi mendakwa hanya menerima surat pemecatan tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok pada 24 Mei.

Dua hari kemudian, bekas Naib Presiden PAS tersebut menghantar surat rayuan terus kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon agar membatalkan serta-merta pemecatannya sebagai anggota parti Islam itu.

Konon pemecatan itu tidak sah kerana gagal mengikut perlembagaan parti serta lunas keadilan Islam hanya sebab beliau saksi dalam kes sebuah syarikat lawan kerajaan Kelantan sehingga dirinya dilabel sebagai pengkhianat PAS.

husam1

Malang Husam apabila surat rayuannya itu tiada maklum balas dan beliau julung kali gagal menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-62 bermula 1 Jun di Kota Bharu, Kelantan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian.

Namun Husam berkata beliau yakin peluangnya untuk kembali semula ke dalam PAS adalah cerah malah akan terus melakukan kritikan jika melihat ada perkara yang tidak kena dalam sistem pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.

Ironi mungkin bosan dengan ‘permainan’ PAS, Husam membuat kejutan dramatik apabila muncul sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada Ahad dengan berceramah di pentas seteru PAS, iaitu PAN.

Terdahulu pada sebelah pagi beliau berada di restoran Chun Ji, Taman Suria dalam program Mahathir yang dihadiri juga calon PAN, Ahmad Termizi Ramli selain Presiden PAN, Mohamad Sabu dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Pada malam, Husam berceramah dalam program PAN di Kota Lama Kanan dekat Jambatan Sayong yang dihadiri Timbalan Pengerusi PAN Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dan Setiausaha Agung PAN Pusat, Mohd. Anuar Tahir.


husam2

Di hadapan kira-kira 300 orang; sebahagian besarnya dipercayai ahli PAS, beliau mendakwa masih lagi ahli PAS dan tidak berhasrat pula hendak menyertai PAN waima kini membantu PAN pada PRK di Bandar Diraja Perak tersebut.

“Belum lagi isytihar (menjadi ahli PAN) tetapi hati itu memang sudah ada,” kata Husam sambil menyeru ahli-ahli PAS meninggalkan parti tersebut dan menyertai PAN atau paling tidak pun mengundi calon PAN pada 18 Jun ini.

Ternyata Husam mungkin kecewa ‘patah hati’ terhadap perjuangan PAS sejak mula aktif menjadi wartawan akhbar Harakah milik PAS pada 1985 atas alasan parti itu sekarang konon hilang jati diri akibat ‘berbaik’ dengan UMNO.

Uniknya, tidak seperti Mahathir apatah lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatan parti dan Kabinet, Husam, 56; lebih bijak dengan membiarkan petugas media ‘berteka-teki’ status kecenderungan aliran politik dirinya.

Anak jati Kampung Kota, Kota Bharu itu pernah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar dan kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1990. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori