Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Auntie Siti Kassim Salah...

PEGAWAI Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr. Fathul Bari menegaskan pertemuan antara aktivis...

Penjara 3 Bulan Kerana...

PENUNTUT kolej swasta yang tular selepas kereta yang dipandunya melanggar seorang anggota polis...

Kerjasama Korporat Dipelawa...

BATANG KALI - Kementerian Pendidikan mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat korporat bagi bekerjasama dan...

Muhyiddin Temui Pemimpin Utama...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yasin,...

Marsha Milan Tidak Sabar Mahu Hamil Segera

TIDAK sabar mahu bergelar ibu, Marsha Milan Londoh menganggap pertanyaan orang ramai dan peminat soal kehamilan seperti satu doa baginya supaya dikurniakan cahaya mata dengan segera.

Tambahnya, pertanyaan itu kerap ditanya sehingga menyebabkan dia sendiri berasa tidak sabar untuk mendapat berita gembira tersebut.

“Sejujurnya, saya berasa agak tertekan kerana saya sendiri tidak sabar mahu menimang cahaya mata. Tanda kecil juga membuatkan saya cepat teruja dan kadang kala ia memberikan harapan palsu.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu tertekan kerana baharu enam bulan bergelar isteri. Kami perlu berdoa dan bersabar untuk rezeki tersebut,” katanya kepada Berita Harian.


Dalam pada itu Marsha mengakui berasa teruja menjalani ibadah puasa buat kali pertama bersama suami dan menjelaskan dia tidak berasa kekok kerana pernah berpuasa bersama rakan-rakan sebelum ini. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori