SETELAH berjaya mempromosi 300 jenama usahawan Muslim melalui kempen Iklan Murah Bazar Ramadan, TV Alhijrah mini menawarkan dua lagi pakej hebat yang dilancarkan sempena Syawal.
Musim perayaan dilihat sebagai waktu puncak bagi kuasa beli pengguna terutama terhadap produk berkaitan sambutan Hari Raya Puasa.
Produk berkaitan pakaian, hiasan, aksesori, dekor, makanan dan minuman serta kecantikan antara jenama premium pada musim perayaan. Justeru, usahawan Industri Kecil dan Sederhana dipelawa menyertai kempen ini yang bermula 18 Jun nanti.
Dua pakej istimewa dilancarkan TV Hijrah. Pakej Emas Syawal menawarkan 100 siaran slide iklan berdurasi 10 saat per siaran dengan kos RM10 ribu.
Manakala Pakej Permata menawarkan gandaan 300 siaran slide iklan berdurasi 10 saat per siaran dengan kos RM25 ribu.
Semua slot iklan pakej ini akan diatur secara purata dalam setiap program harian yang bersiaran antara pukul 10.00 pagi hingga 12.00 malam. Tempoh siaran pakej ini akan berakhir pada 5 Ogos (30 Syawal).
Bagi usahawan yang ingin menyiarkan iklan berdurasi 20 saat dan 30 saat, jumlah per siaran akan dibahagi berdasarkan pakej yang dibeli.
Bagi yang memerlukan bantuan, TV Alhijrah menyediakan khidmat produksi slide iklan dengan menyediakan skrip dan rakaman audio. Usahawan hanya perlu menghantar foto resolusi tinggi bagi memastikan kualiti slide iklan kelihatan cantik di kaca TV.
Bagi yang berminat, sila hubungi talian: 011 2172 1211, 011 2829 0198 atau 018 2139 170. -MYNEWSHUB.CC