Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ini Lori Sampah Atau...

Soalan pertama, mengapa lori sampah ini menyangkut beg-beg tangan sebegitu rupa? Jawapan pertama...

Promosi STB Tarik Pelancong...

KUCHING - Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) meningkatkan promosi dalam semua segmen pelancongan untuk...

KAFA Lunas Tunggakan Gaji...

KOTA BHARU - Penantian lima bekas pemain Kelantan ke atas tunggakan gaji mereka,...

MTD Sasar 20% Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menyasarkan pengambilan 20 peratus pelajar bukan Melayu di...

Memori Alan Kurdi Berulang Di Mediterranean

ROM - Mayat bayi yang kelihatan berusia kurang setahun ditarik keluar dari laut Mediterranean pada Jumaat selepas sebuah bot kayu terbalik.

Kisah sayu itu dikongsi oleh seorang penyelamat yang hanya mahu dikenali sebagai Martin, bertugas di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jerman, Sea-Watch yang mengendalikan bot penyelamat di laut antara Libya dan Itali.

“Dia seperti patung. Tangan dan jari-jemari kecilnya terarah ke udara. Saya tarik tubuhnya perlahan-lahan seolah-olah dia masih hidup kemudian memeluknya. Cahaya matahari terkena matanya, bersinar namun kaku.”

“Selepas itu, bot saya sunyi. Tidak ada sesiapa yang bersuara. Saya mula menyanyi untuk menenangkan diri,” kata Martin.

Alan Kurdi
Gambar  kanak-kanak, Alan Kurdi yang terdampar di tepi laut

Seperti gambar  di atas Alan Kurdi, kanak-kanak Syria berusia tiga tahun yang terbujur kaku di pantai Turki tahun lalu, gambar terbaharu ini menjadi simbol kepada lebih 8,000 pelarian yang maut di laut Mediterranean sejak awal 2014.


Reuters melaporkan, 135 penumpang selamat manakala 45 lagi maut. Mangsa yang terselamat dan semua jasad tiba di pelabuhan Reggio Calabria di selatan Itali pada Ahad.

“Berikutan beberapa peristiwa dahsyat ini, jelas sekali komitmen yang diberikan oleh para ahli politik Kesatuan Eropah (EU) untuk mengelakkan kematian di laut hanya omong kosong,” tegas Sea-Watch dalam satu kenyataan yang disertakan bersama dengan gambar bayi tersebut.

Sea-Watch turut menyeru negara-negara Eropah agar menyediakan laluan yang sah dan selamat dalam usaha menghalang penyeludupan manusia dan tragedi pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori