Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tukar Kerajaan Bukan Jalan...

LIPIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan menukar...

Banyak Manfaat Bakal Diraih...

MUNGKIN tidak ramai yang tahu mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang...

Jangan Main Layang-Layang Di...

KUALA LUMPUR - Orang ramai sekali lagi dinasihatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar...

Kebakaran 3 Rumah, 40...

TAWAU - Empat puluh individu tinggal sehelai sepinggang setelah tiga buah rumah papan...

Media Online Salah Lapor Kematian Menantu TPM

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berasa kesal dengan salah lapor oleh beberapa media dalam talian (online) berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarahnya, Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin berkata, laporan media online terbabit didapati tidak tepat dan bercanggah dengan keadaan sebenar kematian Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

“Kami berasa kesal di atas sebahagian kandungan berita yang telah disiarkan oleh beberapa pihak media online yang didapati tidak tepat.

“Untuk makluman, Allahyarham tidak pernah mendapat rawatan pergigian di PPUM dan pembedahan pergigian yang dimaksudkan juga tidak dijalankan di PPUM. Beliau telah dirujuk oleh sebuah klinik pergigian swasta pada 1 Jun 2016 atas komplikasi bagi rawatan pergigian yang diterima di klinik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tunku Kamarul Zaman berkata, walaupun pembetulan maklumat telah dibuat oleh beberapa media terbabit tetapi maklumat tidak tepat yang telah dilaporkan memberi gambaran tidak benar kepada umum, mengelirukan pembaca serta memberi implikasi negatif ke atas imej PPUM.


Justeru, katanya, PPUM menuntut media online terbabit menyiarkan kenyataan permohonan maaf kepada PPUM atas kesilapan tersebut.

“PPUM ingin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas pemergian Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi dan didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori